Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Close-Up (Wakanda Production)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Penulisan blog saya pada kali ini adalah untuk berkongsi mengenai Asas Fotografi daripada kumpulan saya iaitu Wakanda Production. Bagi menghasilkan gambar Close- Up manusia, kami memilih tiga orang daripada ahli kumpulan untuk menjadi model iaitu, Hafizah, Qama dan Amirah. 


Close- Up Manusia: Emosi Marah
Model : Hafizah


Raut wajahku yang terlalu cantik cuba untuk aku sembunyikan disebalik niqab, bagi menggelakkan daripada  ganguan mata-mata liar lelaki yang melihat. Oleh itu, sekiranya ada jejaka-jejaka yang mahu menggangguku beginilah pandangan mataku memperlihatkan amarah yang akan ditonjolkan kepada mereka. Wajah yang terlihat indah ini bukan untuk dipamerkan atau disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri. Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan untuk melindungi separuh wajahku daripada dilihat oleh masyarakat terutamanya kaum lelaki.



Close- Up Manusia: Emosi Tenang

Model : Qama


Riaksi wajah gadis didaam gambar ini adalah senang menikmati ketenangan alam. Di cuba  memejamkan mata sambil menarik nafas dengan begitu tenang dan gembira. Juga terukir sedikit senyuman di bibir gadis tersebut.


Close- Up Manusia: Emosi Bosan

Model : Amirah



Gadis ini mempamerkan ekspriasi wajah yang membosankan dan redha apabila wajahnya disolek. 
Dia seperti menunggu wajahnya siap sepenuhnya disolek sampaikan dia tertido dengan keadaan solekkan yang sebelum siap dikenakan dimukanya






Close- Up Bukan Manusia : Bunga Matahari 



Namaku Matahari. Aku merupakan sejenis bunga yang akan berkembang apabila matahari memancarkan sinarnya. Aku akan berkembang dengan segar dan cantik. Kemanisan yang ada padaku akan memberi daya tarikkan kepada lebah. Beberapa ekor lebah akan terbang dan hinggap di badanku untuk  menghisap madu. Keindahan diriku sebagai bunga matahari adalah disebabkan oleh penjagaan yang baik dan dibaja dengan baja yang berkualiti.


Close- Up Bukan Manusia : Wang Seringgit


Keberadaan wang di atas jalan yang berjumlah seringgit sering dicicirkan oleh segelintir manusia. Walaupun nilainya kecil, tetapi ia mampu membantu manusia untuk berbelanja. Dengan adanya wang yang berjumlah seringgit ini mampu mencukupkan  jumlah yang besar seperti 100 ringgit, 1000 ringgit 10,000 ringgit dan jutaan ringgit. Namun, manusia tidak pandai menghargai nilai wang seringgit pada masa kini.


Close- Up Bukan Manusia : Kaca Mata


Kaca mata ini dipakai oleh si pemakai yang menghadapi masalah mata seperti rabun jauh atau rabun dekat. Apabila dipakai oleh si pemakai ia boleh melihat dengan jelas keindahan alam semula jadi ini. Namun, ada juga yang menyatakan memakai kaca mata sewaktu umur yang muda mahupun remaja boleh menampakan diri seseorang itu menjadi tua. Tetapi bagiku tidak, kaca mata ini akan menampkan aku lebih bergaya dan kelihatan matang di depan khalayak.





No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Seme...