Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana aku dibesarkan dalam keluarga yang lengkap dengan ibu, ayah, kakak dan adik lelaki. Walaupun keluarga kami pernah menghadapi musibah yang sangat besar, namun dengan adanya ikatan kasih dan sayang kami kuat mengharungi segala rintangan yang menimpa.

Masalah yang datang menimpa kami sekeluarga adalah berpunca daripada adik lelakiku yang sangat nakal. Mungkin dia beranggapan waktu mudanya adalah waktu untuk bersuka ria tanpa mengendahkan perasaan keluarga apabila dia bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Bermacam-macam nasihat telah diberikan kepadanya namun diendahkan. Sampaikan pada suatu hari ibu pernah mengalirkan air mata kerana memikirkan masalah yang dihadapi ini. Ayah juga tidak tahu bagaimana hendak menguruskan adik lelakiku ini. Kenakalannya sangat menjadi-jadi sehinggakan melibatkan orang kampung. Kami sudah mati akal memikirkan bagaimana hendak menasihati adikku ini.

Pada suatu hari, berlakulah kejadian yang menyentuh hati apabila adik mendengar perbualan diantara ibu, ayah dan kakak. Ibu mengalirkan air mata memikirkan perangai adik yang susah untuk ditangani. Pada masa itulah ayah membuat keputusan untuk menghantarnya ke sekolah pondok supaya dia boleh belajar menjadi manusia yang mempunyai masa depan kelak. Adik mula menyedari bahawa tindakkannya selama ini salah dan dia merasakan dia menjadi anak yang derhaka. Maka, pada hari itu, dia menyedari kesilapannya dan berjanji tidak akan menguriskan hati ibu, ayah dan keluarga dengan kelakuannya yang meresahkan hati keluarga.

Jadi, adik telah dihantar ke sekolah pondok supaya dia dapat merubah dirinya dan masa depannya. Setelah beberapa tahun yang lalu perubahan yang positif dalam diri adik dapat dilihat oleh kami sekeluarga. Kehidupan kami berubah menjadi lebih baik, ibu dan ayah sangat bersyukur dan bahagia atas perubahan adik. Maka, kebahagiaan yang selama ini kami sekeluarga inginkan tercapai. Alhamdulillah terima kasih ya Allah memakbulkan doa ibu dan ayah. Terima kasih juga adik kerana memberi peluang kepada diri sendiri untuk berubah dan aku berharap semoga dia terus beristiqomah dengan perubahan ini.

Jadi, inilah sedikit perkongsian mengenai keluargaku, dan aku berharap semoga kalian yang membaca kisah keluargaku ini mendoakan yang baik-baik sahaja kepada kami sekeluarga.





.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Seme...