Penulisan
blog saya pada kali ini adalah untuk berkongsi mengenai Asas Fotografi daripada
kumpulan saya iaitu Wakanda Production. Bagi menghasilkan gambar Mug Shot yang mempunyai perasaan, kami memilih tiga orang dari ahli kumpulan kami untuk melakukan riaksi wajah teruja, marah dan serabut serta sedih. Antaranya ialah Wanie, Ayob dan Faizah.
Mug Shot: Emosi Teruja
Model: Wanie
Lirikan mata senyuman yang terukir di bibir menunjukkan
wajah yang teruja disebabkan terpandang putera raja yang sangat tampan seperti
Areon Aziz. Baginya, ini merupakan pertama kali dia dapat melihat badan tegap
milik Areon Aziz di depan dalam pertandingan mengangkat berat.
Mug Shot: Emosi Marah dan Serabut
Model: Ayob
Tertekan
dengan masalah keluarga yang melanda diri. Dia serabut dengan perangai dan
tingkah laku isterinya yang suka mengarahkannya melakukan sesuatu pekara yang
tidak disukainya. Antaranya, memasak, membasuh kain dan mengemas rumah. Namun,
disebabkan saying dan takut akan isterinya dia memedam rasa sehingga dia menjadi serabut dan marah yang
tidak dapat dilepaskan.
Mug Shot: Emosi Sedih
Model: Faizah
Dia seorangnya mudah terasa dengan orang sekeliling.
Sampaikan menonton cerita sedih juga dia menglirkan air mata. Tetapi dalam
gambar ini dia sedih bukan disebabkan menonton cerita sedih atau terasa dengan
sesiapa. Dia sedih disebabkan dia baru sahaja memotong bawang merah untuk
memasak ayam masak merah.
No comments:
Post a Comment