ULASAN
BLOG DALAM KELAS BAHASA
Bab ini telah membincangkan
berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh penulis terhadap penggunaan blog
yang mendatangkan pelbagai manfaat kepada penulis dan pembaca. Menurut
Normaliza Abd Rahim (2014), blog dilihat sebagai salah satu medium perbincangan
bertulis yang dilakukan oleh penulis sama ada secara formal atau tidak formal.
Penulisan blog ini boleh ditulis untuk kegunaan peribadi seperti menulis diari
atau digunakan untuk mempromosikan dan mengiklankan sesuatu produk yang dijual.
Blog juga merupakan sebuah laman web yang mesra pengguna iaitu mudah untuk
diuruskan dan sentiasa boleh dikemas kini oleh pemilik blog tersebut (Normaliza
Abd Rahim, 2014). Menulis blog merupakan
salah satu aktiviti yang menyeronokan dan dapat meningkatkan keyakinan diri
dalam menghasilkan pelbagai jenis penulisan sama ada kreatif mahupun
sebaliknya. Justeru dengan tindakan sebegini ia dapat memberi motivasi kepada
para penulis khususnya pelajar supaya menanamkan minat meraka untuk belajar
menulis dengan kreatif.
Oleh
itu, terdapat beberapa kajian yang dilakukan berkaitan dengan blog. Menurut
Ferdig & Trammel (2004), blog merupakan medium dialog di antara penulis
blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan
penulis yang lain serta pembacanya. Bagi seseorang yang mempunyai keinginan
untuk menulis blog, mereka dikehendaki untuk mematuhi dan memenuhi
syarat-syarat menulis terlebih dahulu. Penulisan dalam blog juga dapat melatih
diri supaya menulis dengan baik. Hal ini juga dibuktikan dengan kenyataan Zain et
al. (2012) yang menyatakan bahawa melalui pengguna blog, pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam
pembelajaran bahasa. Menurutnya juga, melalui penulisan blog ini juga memberi
peluang untuk paraa penulis memahami dan mahir dalam menggunakkan istilah dari
segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan
penulisan mereka.
Berdasarkan
penulisan blog, terdapat dua perbezaan bahasa di antara perempuan dan lelaki. Hal
ini dinyatakan oleh Zain et al. (2012) yang telah melakukan kajian terhadap
lelaki dan perempuan yang berpendapat bahawa bahasa yang digunakan oleh mereka adalah
berbeza. Perbezaan ini mempunyai lima
ciri bahasa yang disarankan oleh teori Lakoff (1975), iaitu mempunyai unsur
kesangatan (intensifiers), unsur penegasan (hedging), penambahan soalan (tag
question), kata sifat kosong (empty adjective) dan kata keterangan (adverb). Melalui
ciri ini, satu kajian yang dijalankan oleh Zaini Amir et al. (2012) membuktikan
perempuan lebih suka menulis blog berbanding lelaki dan dapatan kajian yang diperoleh ini adalah sama dengan kajian
yang dilakukan oleh Akhmaliah Abd Rahman (2009). Melalui kajian yang dijalankan
oleh Akhmaliah Abd Rahman (2009), telah menyimpulkan bahawa terdapat tiga ciri dalam hantran blog wanita yang mengikut teori Lakoff (1957) iaitu, unsur
penegasan (lexical hadges), penambahan soalan (tag question), iaitu unsur
kesangatan (intensifiers) dan mengelakkan bahasa taboo.
Menurut
Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim, telah
menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang
menarik boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, cerita menarik yang dapat
menarik hati pembaca. Ketiga, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka
untuk membuatkannya lebih mearik. Keempat, memastikan hujah terbaik untuk
menghuraikan penulisan anda. Kelima, kaitkan penulisan anda dengan berita
terkini. Keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ketujuh, penulisan
yang dilakukan haruslah dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Kelapan,
penulisan blog juga membolehkan ia dapat berkomunikasi dengan pembaca. Kesembilan,
memasukkan moral atau nilai estitika dala penulisan blog anda dan yang terakhir
ialah penulisan blog yang dilakukan juga haruslah berilmu untuk penulisan
pendidikan.
Dapatan
kajian yang dihasilkan ini menunjukkan bahawa penulisan blog telah memberikan
kesan yang baik kepada para pelajar dalam menghasilkan sebuah penulisan sama
ada formal ataupun tidak formal. Kajian yang dijalankan ini berfokuskan kepada
tiga aspek iaitu, kajian blog di dalam pengajian kesusasteraan, blog dalam
pembelajaran bahasa dan blog dalam pembelajaran teknologi. Hasil kajian dalam
blog di dalam pengajian kesusasteraan yang dikaji oleh pengkaji mendapati secara keseluruhannya ialah perempuan
lebih banyak menggunakan blog yang merupakan medium terbaik untuk menghasilkan
penulisan kreatif dalam bidang kesusasteraan berbanding lelaki. Penghasilan penulisan
di blog merangkumi puisi, cerpen, skrip dan pantun. Manakala, blog dalam
pembelajaran bahasa pula didapati responden wanita lebih gemar menggunakan blog
bagi meluahkan perasaan berbanding lelaki. Kajian yang dilakukan ini merangkumi
penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis.
Bagi
blog dalam pembelajaran teknologi pula memperlihatkan perempuan dan lelaki
lebih menggemari video dan audio yang dikatakan membantu mereka dalam proses
pembelajaran teknologi. hal ini dikatakan, dapat memberi memotivasikan mereka
dalam mencuba benda yang baharu di dalam blog. Kesimpulannya, menulis blog dapat
meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk terus menulis. Penulisan di blog ini
juga dapat membantu pelajar Korea mempelajari kesusasteraan, bahasa dan
teknologi dan secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi serta keyakinan
diri mereka untuk menulis.
No comments:
Post a Comment