Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu: Long Shot (Wakanda Production)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Penulisan blog saya pada kali ini adalah untuk berkongsi mengenai Asas Fotografi daripada kumpulan saya iaitu Wakanda Production. Bagi menghasilkan gambar Long Shot tiga pemandangan sahaja dan tiga pemandangan dan manusia, kami menentukan lokasi tempat yang bersesuaian untuk mengambil gambar tersebut. Antaranya, di sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM), pantai Port Dikson dan juga Cameron Highland iaitu di Ladang Teh.



Long Shot: Pemandangan 
Lokasi: Sekitar Kawasan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM


Terlihatnya bagunan-bagunan yang kecil dihujung gambar merupakan gambar yang diambil secara long shot.  Ketenangan yang dapat dirasai dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan sekiranya kita berada disini.  Walaupun terlihat kesibukan kota dalam gambar  di hujung seberang sana, tetapi ketangan jiwa dapat dirasai apabila kita berdiri di sini iaitu jalan yang dipenuhi dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan di sebelah kanan dan kiri jalan.  


Long Shot: Pemandangan 
Lokasi : Berhampiran Padang Kawad, UPM 



Bukan hendak mengasingkan diri dengan membina rumah di pinggir kampung, tetapi cuba untuk mencari ketenangan dan cuba untuk merehatkan minda seketika daripada kesibukan kerja yang membelenggu diri. Bukan hendak menjadi katak dibawah tempurung, tetapi cuba untuk menikmati keindahan alam yang segar dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan, lagit yang kelihatan membiru dan dapat menghirup udara yang segar.

Long Shot: Pemandangan 
Lokasi : Pantai Port Dikson 


Gambar ini di ambil di pantai Port Dikson. Percutian yang singkat di sini membolehkan saya untuk menikmati keindahan laut yang membiru dengan kebersihan yang dijaga dengan rapi. Walaupun pancaran cahaya matahari yang agak terik namun, keinginan saya untuk mengambil gambar pemandangan disini membuak-buak. Saya berteduh dibawah pokok yang rendang, kemudian mula mencari posisi atau sudut yang cantik untuk digambarkan. Akhirnya terhasilah gambar ini yang menampakan laut yang membiru awan yang membiru terbentang luas dan terlihat beberapa bagunan nun jauh di sana. 





Long Shot: Pemandangan dan Manusia
Lokasi: Sekitar Kawasan Kolej Kediaman, UPM



Pemandangan ini diambil dari blok Kolej Mohammad Rashid, Universiti Putra Malaysia. Pemandangan di dalam gambar ini adalah berfokuskan pada bagunan IOI yang terbina berada dihujung gambar. Bagunan IOI tersebut merupakan tempat pusat membeli belah yang menjadi tumpuan pelajar. Kepenatan pelajar yang terdapat dalam gambar tersebut tidak terkira kerana dia terpaksa berjalan kaki dari bagunan IOI pulang ke kolej kediaman. Hal ini kerana dia terlebih berbelanja sehinggakan dia tidak mempunyai wang tambang untuk menaiki bas atau kereta sewa pulang ke kolej.

 Long Shot: Pemandangan dan Manusia
Lokasi: Sekitar Kawasan Fakulti, UPM



Gambar ini diambil pada pukul 4.30 petang, dimana banyak kenderaan yang lalu-lalang kerana ini merupakan laluan yang utama untuk menuju ke destinasi yang diinginkan.  Keadaan matahari yang memancarkan cahayanya yang terik tidak menghalang aku untuk bergagas berjalan menuju ke kelas tempat pada waktunya. Walaupun kelasku jauh,nun di hujung gambar tersebut, namun terpaksa diharungi jua. Boleh dikatakan belecak ketiakku pada waktu itu ibarat bermandi peluh, tetapi terpaksa aku redha kerana kelas Multimedia Dalam Berbahasa sangat menarik. Jadi, aku hiraukan sahaja ketiaku yang belecak disebabkan peluh ketika berjalan dalam keadaan yang panas terik.


 Long Shot: Pemandangan dan Manusia
Lokasi: Cameron Highland, Ladang Teh


 Pemandangan di Cameron Highland menjadi tumpuan ramai terutamanya di ladang teh. Hadirkan diri di sini bukan untuk melihat pokok teh yang ditanam atau daun tehnya, tetapi aku lebih tertumpu untuk mengambil gambar sahaja. Itulah yang menjadi trand semasa remaja mahupun orang dewasa pada masa kini. Namun, tidak dinafikan, keindahan diladang the ini sangat menyenangkan dengan terlihat bukit-bukit yang dipenuhi dengan pokok the dan daun the yang merimbun membuatkan aku gemar dan tidak sabra untuk menikmati secawan the yang panas dalam keadaan yang sejuk disitu. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Seme...