Penulisan
blog saya pada kali ini adalah untuk berkongsi mengenai Asas Fotografi daripada
kumpulan saya iaitu Wakanda Production. Bagi menghasilkan gambar Medium Shot: tiga manusia sahaja dan tiga pemandangan dan manusia, kami menentukan lokasi
tempat yang bersesuaian untuk mengambil gambar tersebut. Antaranya, di sekitar
kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Medium Shot: Manusia
Model: Qama, Amirah dan Fatin
Walaupun perbezaan
negeri namun di sinilah tempat mereka berjumpa dan berkenalan.
Pemandangan yang cantik dan kelihatan segar ini merupakan kesukaan mereka
apabila mereka dalam keadaan yang tertekaan dan serabut fikiran dengan tugasan
atau masalah yang ditanggung. Di sini jugalah talian persahabatan dijalinkan
tanpa mengira umur, latar belakang dan rupa. Dengan keindahan alam dan suasana
yang menarik dapat mencetuskan kegembiraan dalam hati tiga sekawan ini.
Medium Shot: Manusia
Model: Amirah dan Sarah
Apa yang dilihat oleh kamu, saya juga mahu melihatnya. Walaupun
ketinggian tidak sama tetapi keinginan untuk melihat sesuatu benda oleh mereka
adalah sama. Ibarat kakak memimpin tangan si adik untuk diajak melihat sesuatu benda
di bahagian atas sebelah kiri. Terpancar keselesaan dalam perhubungan ini
sebagai adik dan kakak.
Medium Shot: Manusia
Model: Amirah dan Aqillah
Keperihatinan
seorang sahabat diperlihatkan dalam situasi ini. Walaupun, masih merajuk dengan
sahabatnya dan kononnya tidak mempedulikan sama ada cuaca panas ataupun tidak
dia lebih rela berlindung mukanya dengan menggunakan tangannya. Tetapi,
sahabatnya kasihan dan perihatin lalu membawa paying untuk memayungnya supaya
tidak hitam terbakar dipanah cahaya matahari.
Medium Shot: Pemandangan dan Manusia
Model: Sarah dan Aqillah
Sarah dan Aqilah berkeinginan dan bercita-cita untuk
terbang ke awan bersama-sama. Namun, keinginan hanyalah angan-angan. Maka,
Aqilah dan sarah mencari tempat yang sesuai dan
membekalkan payung ajaib kepada Sarah. Tujuannya untuk mengajak Sarah
berganding bahu bersamnya terbang ke
awan. Tetapi sampai sekarang mereka masih lagi dalam keadaan sebegini tidak
mampu terbang ke angkasa tinggi.
Medium Shot: Pemandangan dan Manusia
Model: Wanie dan Amirah
Wanie
dan Amirah masih lagi rungsing memikirkan jalan keluar dari segala kekeliruan
yang dihadapi. Maka, Amira mengambil keputusan untuk belari laju dari
kekeliruan yang dihadapi sehinggakan dia tidak menyedari bahawa kainnya telah
membataskan pergerakkannya untuk berlari dengan laju.
Medium Shot: Pemandangan dan Manusia
Model: Nadhirah, Aqillah, Sarah dan Fatin
Saya ini puteri lilin, jadi saya tidak boleh terdedah
dengan panas. Mujurlah ada payung bolehlah saya berlindung kulit saya daripada
terkena matahari. Sarah dan Fatin kelihatan seronok menikmati cuaca yang panas
ketika berjalan kaki bersama Nadhirah dan aqilah si puteri lilin ini.
No comments:
Post a Comment