Terlibat dalam Aktiviti Lasak Water Abseiling
Pada bulan Mac 2019, aku terlibat dalam satu aktiviti
yang lasak iaitu Water Abseiling yang
diadakan di Taboh Naning, Melaka. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti
yang amat mencabar pernah aku sertai seumur hidup. Walaupun, aktiviti ini
mempunyai risiko yang sangat tinggi, tetapi atas dasar minat yang mendalam aku
sertai juga demi memuaskan kehendak diri dan hendak mencabar diri sendiri. Aktiviti
ini dianjurkan oleh Kolej 15, Universiti Putra Malaysia dan aktiviti ini juga terbuka
kepada semua mahasiswa yang berminat.
Sebelum aku menjalankan aktiviti ini, aku perlu mengikuti
krusus Saftey Abseiling yang diadakan di Hulu Langat untuk persediaan
awal bagi menghadapi aktiviti yang mencabar ini. Krusus ini didedahakan berkaitan dengan
keselamatan dan diajar bagaimana cara hendak melakukan aktiviti tersebut.
Antaranya, aku didedahkan berkaitan dengan tali yang dipasang pada badan dan
teknik memegang tali dengan betul ketika menuruni bukit. Kemudian aku juga diajar
mengenai langkah-langkah untuk menuruni bukit dengan betul dan selamat oleh fasilitator
yang terlibat.
Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba, perasaan gembira
yang tidak dapat digambarkan bercampur dengan perasaan gemuruh menyelubungi
diri. Sewaktu aku menuruni bukit yang mempunyai air terjun yang deras, aku
berasa takut dan gementar. Namun, aku cuba atasi perasaan itu dengan mengatur
langkah demi langkah untuk meneruni air terjun tersebut. Seperti yang telah aku
pelajari. Semasa aku menuruni air terjut tersebut, aku terdengar jeritan dari
rakan-rakan yang menjerit memberi sokongan dan semangat dari bawah kepada aku. Akhirnya, aku berjaya sampai ke
bawah dengan selamat dan pantas dengan gaya yang tersendiri.
Setelah selesai
menjalani aktiviti tersebut. Aku dan kawan-kawan menggunakan peluang yang ada untuk
memanjakan diri dengan bermandi-manda di sekitar air terjun tersebut. Kepuasan yang
dirasakan membuahkan hasil kerana aku berjaya memecah gelombang ketakutan yang
tertanam didalam diri dan ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan tidak dapat
aku lupakan.
No comments:
Post a Comment