Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugas Individu



Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 10 etika menulis blog dengan baik yang telah disenaraikan dalam buku Eh!!! Media Sosial iaitu:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

   Pemilihan tajuk yang menarik oleh penulis haruslah dipilih dengan sebaik mungkin supaya dapat memberi kesan emotif kepada pembaca. Tajuk yang dipilih juga sebaiknya tidak terlalu panjang dan haruslah menggunakan perkataan yang berunsurkan emotif dan mudah untuk difahami. Hal ini demikaian kerana, tajuk yang menarik boleh meransang pemikiran pada persepsi awal pembaca.

2.  Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.

Penulisan blog yang menarik seharusnya mempunyai jalan penceritaan yang menarik. Cerita yang ditulis seharusnya mempunyai isi yang hendak disampaikan dan diceritakan sesuai mengikut peredaran masa. Penulis hendaklah pandai menyusun jalan cerita supaya ia tidak bertindih isi yang hendak diceritakan. Permulaan cerita yang mempunyai pengenalan isi dan penutup yang menarik mampu menghidupkan sesebuah cerita yang hendak disampaikan menerusi penulisan blog anda.


3.  Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

Penulisan blog juga seharusnya ditulis dengan menggunakan ayat yang santai dan tidak terlalu formal. Bagi menghasilkan ayat yang menarik, penulis hendaklah menggunakan ayat yang memunyai unsur-unsur jenaka supaya penulisan tersebut tidak menjadi bosan. Ayat yang berbentuk jenaka ini hendaklah bersesuaian dengan isi dan cerita yang disampaikan agar ia keterlaluan.


4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

Sesebuah penulisan yang ditulis akan menjadi menarik apabila mempunyai hujah yang bernas dan mantap bagi menyokong sesebuah isi yang disampaikan. Hujah yang dikemukan itu hendaklah mempunyai kesahihan fakta dan tidak direka. Sekiranya ayat yang dihuraikan itu sekadar memberikan contoh dan tidak disokong dengan hujah yang mantap, maka penulisan blog yang ditulis tidak akan mendapat perhatian pembaca.


5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

Sesebuah blog yang mendapat perhatian ramai pembaca adalah disebabkan oleh penulisan yang berkaitan dengan berita terkini. Kebanyakan pembaca mahukan maklumat yang terkini untuk diterokai. Oleh itu, penulis blog seharusnya peka dengan keadaan semasa supaya penulisan tersebut tidak menjadi lapuk dan secara tidak langsung ia menyebabkan blog anda sentiasa hidup dengan perkongsian maklumat terkini.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

Penulisan blog ditulis dengan menggunakan ayat yang ringkas. Penulis tidak perlu menghasilkan ayat yang lewah dan sukar untuk difahami. Perkataan dan struktur ayat yang ringkas lebih mudah untuk difahami berbanding  ayat yang panjang dan berbunga-bunga. Rata-rata pembaca blog terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur, jadi penggunaan ayat yang mudah dan ringkas lebih mudah dan jelas untuk difahami mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.


7. Dapat dibaca dan difahami.

Blog yang dihasilkan seharusnya mudah dibaca dan difahami mengenai pengisisan yang ditulis. Penggunaan fon haruslah mudah untuk dibaca dan elakkan penggunaan saiz tulisan kecil. Misalnya, penggunaan fon yang berangkai tulisannya menyukarkan pembaca untuk membaca. Penggunaan theme (tema) atau latar belakang hendaklah bersesuaian supaya bersesuaian dengan fon dan tidak menyakitkan mata pembaca. Sekiranya, pemilihan fon, saiz dan tema yang bersesuaian ia akan memudahkan pembaca memahami dan membaca sesebuah penulisan blog tersebut. Hal ini demikian kerana, pembaca blog juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

        

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

Penulisan blog ini merupakan medium perantaraan yang membolehkan penulis dapat berkomunikasi dengan pembaca. Menerusi penulisan blog, anda dapat menyatakan hasrat dan bercerita mahupun berkongsi maklumat dan pengetahuan yang dimiliki dengan pembaca. Pembaca juga boleh berhubug dengan penulis menerusi ruang komen dan boleh membalas komen diantara satu sama lain berkaitan dengan penulisan yang telah dihasilkan ataupun sebaliknya. Oleh itu, dengan adanya blog ia membolehkan komunikasi dua hala berlaku diantara pembaca dan penulis.


9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

   Sebagai seorang penulis blog, anda seharusnya memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Hal ini jelas menunjukan bahawa, penulisan blog anda mampu memberikan impak yang postif kepada para pembaca dan menjadikan penulisan tersebut menarik dan luar biasa. Setiap penceritaan yang dihasilkan dalam penulisan blog seharusnya membolehkan pembaca memperoleh sesuatu pengajaran yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan kelak.


10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Penulisan yang dihasilkan dalam blog bukan sahaja dikongsikan berkaitan dengan isu semasa mahupun pengalaman hidup, malah perkongsian mengenai penulisan pendidikan juga dihasilkan. Sekiranya, anda sebagai seorang penulis blog yang pakar dalam sesuatu bidang. Misalnya, anda mempunyai kepakaran dalam bidang Sains, bahasa Melayu dan sebagainya, anda boleh menghasilkan sebuah penulisan blog supaya dapat dikongsikan dengan pembaca. Hal ini jelas menunjukkan bahawa anda berlilmu untuk penulisan ilmiah mahupun pendidikan.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Seme...