Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


    Alim merupakan seorang budak lelaki yang suka akan suasana kampung halaman. Alim sangat suka pulang ke kampung kerana suka bermain dengan ayam dan itik kepunyaan datuk dan neneknya di kampung yang terletak di Kajang. Alim juga mempunyai keluarga yang agak besar iaitu dia mempunyai ibu dan ayah, abang Imran, kak Madihah, Aisyah, dua orang nenek dan dua orang datuk. Alim juga merupakan seorang budak lelaki yang mudah menangis. Namun, dia juga mudah terhibur dengan menonton cerita kartun bersama kakak, abang dan Aisyah.


Normaliza Abd Rahman. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terangganu: Penerbit UMT.




Jenis multimedia yang boleh digunakan bagi  penyebaran cerita sosial Datuk dan Nenek ini ialah:

Multimedia Interaktif.

Media interaktif biasanya boleh digunakan untuk menyebar cerita Datuk dan Nenek. Pengguna dapat mengawal sepenuhnya mengenai apa dan bila  elemen multimedia akan dimasukan ke dalam CD sebelum diedarkan kepada masyarakat.. Multimedia Interaktif adalah jenis multimedia interaksi antara media dengan pengguna media melalui bantuan komputer, tetikus, papan kekunci dan sebagainya.


Multimedia Linear

Multimedia Liner adalah jenis multimedia yang berjalan secara langsung seperti menonton televisyen. Multimedia jenis ini boleh dilihat pada semua jenis filem, tutorial video, dan lain-lain. Multimedia linear berlangsung tanpa dikalawal oleh pengguna. Misalnya, permulaan cerita Datuk dan Nenek ini dimainkan haruslah berurutan dari awal sampai akhir.


Multimedia Hiperaktif

Multimedia jenis ini dapat dikawal dengan mewujudkan tautan (link) yang boleh diekses oleh orang ramai bagi mencari sesuatu bahan. Bagi cerita Datuk dan Nenek ini penghasilan laman sesawang yang mempunyai tautan harus diwujudkan untuk membolehkan pengguna boleh mengekses laman sesawang berkaitan dengan link cerita Datuk dan Nenek tersebut untuk ditonton.



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Seme...