Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Penulisan blog saya pada kali ini adalah untuk berkongsi mengenai Asas Fotografi daripada kumpulan saya iaitu Wakanda Production. Bagi menghasilkan gambar
Long Shot tiga pemandangan sahaja dan tiga pemandangan dan manusia, kami menentukan lokasi tempat yang bersesuaian untuk mengambil gambar tersebut. Antaranya, di sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM), pantai Port Dikson dan juga Cameron Highland iaitu di Ladang Teh.
Long Shot: Pemandangan
Lokasi: Sekitar Kawasan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
Terlihatnya
bagunan-bagunan yang kecil dihujung gambar merupakan gambar yang diambil secara
long shot. Ketenangan yang dapat dirasai dengan
kehijauan tumbuh-tumbuhan sekiranya kita berada disini. Walaupun terlihat kesibukan kota dalam gambar
di hujung seberang sana, tetapi ketangan
jiwa dapat dirasai apabila kita berdiri di sini iaitu jalan yang dipenuhi
dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan di sebelah kanan dan kiri jalan.
Long Shot: Pemandangan
Lokasi : Berhampiran Padang Kawad, UPM
Bukan hendak mengasingkan diri dengan membina rumah di
pinggir kampung, tetapi cuba untuk mencari ketenangan dan cuba untuk merehatkan
minda seketika daripada kesibukan kerja yang membelenggu diri. Bukan hendak
menjadi katak dibawah tempurung, tetapi cuba untuk menikmati keindahan alam
yang segar dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan, lagit yang kelihatan membiru dan
dapat menghirup udara yang segar.
Long Shot: Pemandangan
Lokasi : Pantai Port Dikson
Gambar ini di ambil di pantai Port Dikson. Percutian yang
singkat di sini membolehkan saya untuk menikmati keindahan laut yang membiru
dengan kebersihan yang dijaga dengan rapi. Walaupun pancaran cahaya matahari yang
agak terik namun, keinginan saya untuk mengambil gambar pemandangan disini
membuak-buak. Saya berteduh dibawah pokok yang rendang, kemudian mula mencari
posisi atau sudut yang cantik untuk digambarkan. Akhirnya terhasilah gambar ini
yang menampakan laut yang membiru awan yang membiru terbentang luas dan
terlihat beberapa bagunan nun jauh di sana.
Long Shot: Pemandangan dan Manusia
Lokasi: Sekitar Kawasan Kolej Kediaman, UPM
Pemandangan
ini diambil dari blok Kolej Mohammad Rashid, Universiti Putra Malaysia. Pemandangan
di dalam gambar ini adalah berfokuskan pada bagunan IOI yang terbina berada
dihujung gambar. Bagunan IOI tersebut merupakan tempat pusat membeli belah yang
menjadi tumpuan pelajar. Kepenatan pelajar yang terdapat dalam gambar tersebut
tidak terkira kerana dia terpaksa berjalan kaki dari bagunan IOI pulang ke
kolej kediaman. Hal ini kerana dia terlebih berbelanja sehinggakan dia tidak
mempunyai wang tambang untuk menaiki bas atau kereta sewa pulang ke kolej.
Long Shot: Pemandangan dan Manusia
Lokasi: Sekitar Kawasan Fakulti, UPM
Gambar
ini diambil pada pukul 4.30 petang, dimana banyak kenderaan yang lalu-lalang
kerana ini merupakan laluan yang utama untuk menuju ke destinasi yang
diinginkan. Keadaan matahari yang
memancarkan cahayanya yang terik tidak menghalang aku untuk bergagas berjalan
menuju ke kelas tempat pada waktunya. Walaupun kelasku jauh,nun di hujung
gambar tersebut, namun terpaksa diharungi jua. Boleh dikatakan belecak ketiakku
pada waktu itu ibarat bermandi peluh, tetapi terpaksa aku redha kerana kelas
Multimedia Dalam Berbahasa sangat menarik. Jadi, aku hiraukan sahaja ketiaku
yang belecak disebabkan peluh ketika berjalan dalam keadaan yang panas terik.
Long Shot: Pemandangan dan Manusia
Lokasi: Cameron Highland, Ladang Teh
Pemandangan
di Cameron Highland menjadi tumpuan ramai terutamanya di ladang teh. Hadirkan diri
di sini bukan untuk melihat pokok teh yang ditanam atau daun tehnya, tetapi aku
lebih tertumpu untuk mengambil gambar sahaja. Itulah yang menjadi trand semasa
remaja mahupun orang dewasa pada masa kini. Namun, tidak dinafikan, keindahan
diladang the ini sangat menyenangkan dengan terlihat bukit-bukit yang dipenuhi
dengan pokok the dan daun the yang merimbun membuatkan aku gemar dan tidak sabra
untuk menikmati secawan the yang panas dalam keadaan yang sejuk disitu.