Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Intagram Minggu 6

Assalamualaikum.

Kali ini aku kongsikan gambar yang boleh menceritakan mengenai perasaan aku sekarang ini.  Aku sangat gembira dan aku nak semua orang juga turut merasakan kegembiraan ini bila melihat gambar ini.  Ketawa dan gembira ini mampu menghapuskan segala keresahan dan kekusutan yang melanda jiwa.  Jadi gembirakanlah diri anda macam aku.  😁😘🤗
Gambar Keriangan 



Semua orang patut merasakan kasih sayang dan patut dikasihi.  Jadi, apabila kita bagi kasih sayang itu kepada haiwan khususnya kucing, kita belai kucing itu secara tidak langsung kita akan merasakan kebahagian yang tidak ternilai.  Sebab secara tidak langsung hati kita akan merasakan ketenangan.  Walaupun kucing itu seolah-olah tidak memahami apa yang kita cakap atau luahkan kepadanya, tapi kucing itu mendengar dan tindakanya seolah-olah memahami. Jadi,  cintailah kucing tak rugi mana pun kita berkongsi kasih sayang dengan haiwan selain keluarga.  😄😆

Gambar Kasih Sayang




Terima kasih. 


Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog di dalam Kelas Bahasa


ULASAN BLOG DALAM KELAS BAHASA

Bab ini telah membincangkan berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh penulis terhadap penggunaan blog yang mendatangkan pelbagai manfaat kepada penulis dan pembaca. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog dilihat sebagai salah satu medium perbincangan bertulis yang dilakukan oleh penulis sama ada secara formal atau tidak formal. Penulisan blog ini boleh ditulis untuk kegunaan peribadi seperti menulis diari atau digunakan untuk mempromosikan dan mengiklankan sesuatu produk yang dijual. Blog juga merupakan sebuah laman web yang mesra pengguna iaitu mudah untuk diuruskan dan sentiasa boleh dikemas kini oleh pemilik blog tersebut (Normaliza Abd Rahim, 2014).  Menulis blog merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokan dan dapat meningkatkan keyakinan diri dalam menghasilkan pelbagai jenis penulisan sama ada kreatif mahupun sebaliknya. Justeru dengan tindakan sebegini ia dapat memberi motivasi kepada para penulis khususnya pelajar supaya menanamkan minat meraka untuk belajar menulis dengan kreatif.

Oleh itu, terdapat beberapa kajian yang dilakukan berkaitan dengan blog. Menurut Ferdig & Trammel (2004), blog merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis yang lain serta pembacanya. Bagi seseorang yang mempunyai keinginan untuk menulis blog, mereka dikehendaki untuk mematuhi dan memenuhi syarat-syarat menulis terlebih dahulu. Penulisan dalam blog juga dapat melatih diri supaya menulis dengan baik. Hal ini juga dibuktikan dengan kenyataan Zain et al. (2012) yang menyatakan  bahawa melalui pengguna blog, pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Menurutnya juga, melalui penulisan blog ini juga memberi peluang untuk paraa penulis memahami dan mahir dalam menggunakkan istilah dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan penulisan mereka.

Berdasarkan penulisan blog, terdapat dua perbezaan bahasa di antara perempuan dan lelaki. Hal ini dinyatakan oleh Zain et al. (2012) yang telah melakukan kajian terhadap lelaki dan perempuan yang berpendapat bahawa bahasa yang digunakan oleh mereka adalah berbeza. Perbezaan ini mempunyai  lima ciri bahasa yang disarankan oleh teori Lakoff (1975), iaitu mempunyai unsur kesangatan (intensifiers), unsur penegasan (hedging), penambahan soalan (tag question), kata sifat kosong (empty adjective) dan kata keterangan (adverb). Melalui ciri ini, satu kajian yang dijalankan oleh Zaini Amir et al. (2012) membuktikan perempuan lebih suka menulis blog berbanding lelaki dan dapatan kajian  yang diperoleh ini adalah sama dengan kajian yang dilakukan oleh Akhmaliah Abd Rahman (2009). Melalui kajian yang dijalankan oleh Akhmaliah Abd Rahman (2009), telah menyimpulkan bahawa terdapat tiga ciri   dalam hantran blog wanita yang mengikut teori Lakoff (1957) iaitu, unsur penegasan (lexical hadges), penambahan soalan (tag question), iaitu unsur kesangatan (intensifiers) dan mengelakkan bahasa taboo.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim, telah menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih mearik. Keempat, memastikan hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Kelima, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ketujuh, penulisan yang dilakukan haruslah dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Kelapan, penulisan blog juga membolehkan ia dapat berkomunikasi dengan pembaca. Kesembilan, memasukkan moral atau nilai estitika dala penulisan blog anda dan yang terakhir ialah penulisan blog yang dilakukan juga haruslah berilmu untuk penulisan pendidikan.

Dapatan kajian yang dihasilkan ini menunjukkan bahawa penulisan blog telah memberikan kesan yang baik kepada para pelajar dalam menghasilkan sebuah penulisan sama ada formal ataupun tidak formal. Kajian yang dijalankan ini berfokuskan kepada tiga aspek iaitu, kajian blog di dalam pengajian kesusasteraan, blog dalam pembelajaran bahasa dan blog dalam pembelajaran teknologi. Hasil kajian dalam blog di dalam pengajian kesusasteraan yang dikaji oleh pengkaji mendapati secara keseluruhannya ialah perempuan lebih banyak menggunakan blog yang merupakan medium terbaik untuk menghasilkan penulisan kreatif dalam bidang kesusasteraan berbanding lelaki. Penghasilan penulisan di blog merangkumi puisi, cerpen, skrip dan pantun. Manakala, blog dalam pembelajaran bahasa pula didapati responden wanita lebih gemar menggunakan blog bagi meluahkan perasaan berbanding lelaki. Kajian yang dilakukan ini merangkumi penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis.

Bagi blog dalam pembelajaran teknologi pula memperlihatkan perempuan dan lelaki lebih menggemari video dan audio yang dikatakan membantu mereka dalam proses pembelajaran teknologi. hal ini dikatakan, dapat memberi memotivasikan mereka dalam mencuba benda yang baharu di dalam blog. Kesimpulannya, menulis blog dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk terus menulis. Penulisan di blog ini juga dapat membantu pelajar Korea mempelajari kesusasteraan, bahasa dan teknologi dan secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi serta keyakinan diri mereka untuk menulis.



Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana aku dibesarkan dalam keluarga yang lengkap dengan ibu, ayah, kakak dan adik lelaki. Walaupun keluarga kami pernah menghadapi musibah yang sangat besar, namun dengan adanya ikatan kasih dan sayang kami kuat mengharungi segala rintangan yang menimpa.

Masalah yang datang menimpa kami sekeluarga adalah berpunca daripada adik lelakiku yang sangat nakal. Mungkin dia beranggapan waktu mudanya adalah waktu untuk bersuka ria tanpa mengendahkan perasaan keluarga apabila dia bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Bermacam-macam nasihat telah diberikan kepadanya namun diendahkan. Sampaikan pada suatu hari ibu pernah mengalirkan air mata kerana memikirkan masalah yang dihadapi ini. Ayah juga tidak tahu bagaimana hendak menguruskan adik lelakiku ini. Kenakalannya sangat menjadi-jadi sehinggakan melibatkan orang kampung. Kami sudah mati akal memikirkan bagaimana hendak menasihati adikku ini.

Pada suatu hari, berlakulah kejadian yang menyentuh hati apabila adik mendengar perbualan diantara ibu, ayah dan kakak. Ibu mengalirkan air mata memikirkan perangai adik yang susah untuk ditangani. Pada masa itulah ayah membuat keputusan untuk menghantarnya ke sekolah pondok supaya dia boleh belajar menjadi manusia yang mempunyai masa depan kelak. Adik mula menyedari bahawa tindakkannya selama ini salah dan dia merasakan dia menjadi anak yang derhaka. Maka, pada hari itu, dia menyedari kesilapannya dan berjanji tidak akan menguriskan hati ibu, ayah dan keluarga dengan kelakuannya yang meresahkan hati keluarga.

Jadi, adik telah dihantar ke sekolah pondok supaya dia dapat merubah dirinya dan masa depannya. Setelah beberapa tahun yang lalu perubahan yang positif dalam diri adik dapat dilihat oleh kami sekeluarga. Kehidupan kami berubah menjadi lebih baik, ibu dan ayah sangat bersyukur dan bahagia atas perubahan adik. Maka, kebahagiaan yang selama ini kami sekeluarga inginkan tercapai. Alhamdulillah terima kasih ya Allah memakbulkan doa ibu dan ayah. Terima kasih juga adik kerana memberi peluang kepada diri sendiri untuk berubah dan aku berharap semoga dia terus beristiqomah dengan perubahan ini.

Jadi, inilah sedikit perkongsian mengenai keluargaku, dan aku berharap semoga kalian yang membaca kisah keluargaku ini mendoakan yang baik-baik sahaja kepada kami sekeluarga.





.

Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perkongsian saya pada kali ini adalah berkaitan dengan "Tips Belajar dengan Mudah".
Tips ini merupakan salah satu tips yang saya amalkan sewaktu belajar. Jadi, anda boleh amalkan tips ini sewaktu belajar kerana ia sangat berkesan dan membantu anda untuk belajar dengan bersistematik. Saya mengamalkan tips ini dari saya berumur 16 tahun iaitu semasa ditingkatan empat sehinggalah saya berumur 23 tahun iaitu merupakan pelajar semester 7 yang bakal bergraduasi tidak lama lagi. Semoga perkongsian saya ini memberi anada kejayaan kelak.






 




SEMOGA BERJAYA



Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird’s Eye View (Wakanda Production)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Penulisan blog saya pada kali ini adalah untuk berkongsi mengenai Asas Fotografi daripada kumpulan saya iaitu Wakanda Production. Bagi menghasilkan gambar Bird’s eye view  yang cantik, kami memilih tempat yang bersesuaian iaitu disekitar kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bird’s Eye View


Pemandangan yang diambil dari blok kolej lima belas merupakan pemandangan dari sudut mata burung yang memperlihatkan ketinggian seseorang itu berada di atas bangunan. Kemudian, mengambil gambar pemandangan dibawah bagunan yang menampakkan orang sedang berjalan kaki.



Pemandangan ini diambil oleh Ayob dimana dia mengambil gambar yang meperlihatkan pemandangan jalan raya dan tempat pakir kereta di kawasan kolej kediaman pelajar. Pemandangan gambar ini harmoni kerana terdapatnya tumbuh-tumbuhan menghijau disekitarnya.



Pemandangan dari tingkat lima blok P3 Kolej Serumpun, Universiti Putra Malysia. Terdapat tempat pakir kereta disekitar blok dan tasik seta kawasan cafeteria tempat menjual makanan kepada para pelajar.


BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Wakanda Production)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Over The Shoulder: Bahu Nana
Model : Wanie dan Faizah


Niat dihati ingin menumpangkan orang dibelakang, tetapi apakan daya saya memang tidak pandai membawa motosikal. Jadinya, hanya mampu bergambar di motosikal sahaja.orang dihadapan mohon ambil gambar saya secantik yang boleh. Biar tidak pandai membawa motosikal janji pandai bergaya dimotosikal.

Over The Shoulder: Bahu Amirah
Model : Ayob, Nadhirah dan Fatin


Percintaan dua insan yang agung cintanya pasti akan muncul orang ketiga yang akan memusnahkan rumah tangga yang dibina. Walaupun, pelbagai rintangan yang datang Ayob akan melindungi Nadhirah sedaya mungkin.



Over The Shoulder: Bahu Aqillah
Model : Nana, Qama, Sarah dan  Fatin


Keriangan kanak-kanak rebina mula terpancar diraut wajah mereka. Kegembiraan dan kebebasan yang selama ini ditunggu-tunggu telahpun tiba. Peperiksaan akhir dan bakal menerima segulung ijazah bulan hadapan tidak sabra dinanti oleh mereka.



BBM3410Satu2019: Mug Shot (Wakanda Production)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Penulisan blog saya pada kali ini adalah untuk berkongsi mengenai Asas Fotografi daripada kumpulan saya iaitu Wakanda Production. Bagi menghasilkan gambar Mug Shot yang mempunyai perasaan, kami memilih tiga orang dari ahli kumpulan kami untuk melakukan riaksi wajah teruja, marah dan serabut serta sedih. Antaranya ialah Wanie, Ayob dan Faizah.

Mug Shot: Emosi Teruja 
Model: Wanie 


Lirikan mata senyuman yang terukir di bibir menunjukkan wajah yang teruja disebabkan terpandang putera raja yang sangat tampan seperti Areon Aziz. Baginya, ini merupakan pertama kali dia dapat melihat badan tegap milik Areon Aziz di depan dalam pertandingan mengangkat berat.


Mug Shot: Emosi Marah dan Serabut
Model: Ayob


Tertekan dengan masalah keluarga yang melanda diri. Dia serabut dengan perangai dan tingkah laku isterinya yang suka mengarahkannya melakukan sesuatu pekara yang tidak disukainya. Antaranya, memasak, membasuh kain dan mengemas rumah. Namun, disebabkan saying dan takut akan isterinya dia memedam rasa  sehingga dia menjadi serabut dan marah yang tidak dapat dilepaskan.



Mug Shot: Emosi Sedih
Model: Faizah


Dia seorangnya mudah terasa dengan orang sekeliling. Sampaikan menonton cerita sedih juga dia menglirkan air mata. Tetapi dalam gambar ini dia sedih bukan disebabkan menonton cerita sedih atau terasa dengan sesiapa. Dia sedih disebabkan dia baru sahaja memotong bawang merah untuk memasak ayam masak merah.





BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Seme...