Wednesday, December 11, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT

Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Semester ini juga aku mula diperkenalkan dengan artis Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), iaitu Prof. Normaliza binti Abd Rahim, jejaka tampan dari utara, iaitu Encik Akmal dan jejaka manis, iaitu Mad Noq. Perasaan aku masa masuk kelas Multimedia dalam Bahasa sangat menggerunkan sebab artis dari FBMK ni bukan biasa-biasa, boleh dikatakan tegas dalam semua benda. Masuk sahaja kelas Prof. kalau tak terbeban dengan banyak kerja tu bukan kelas dia la. Prof. ada pesan, masuk ja kelas dia kana belajar erti “redo” baru la tenang nak buat kerja.

Tugasan pertama yang kena buat adalah kena bentukkan kumpulan. Jadi, tertubuhlah kumpulan yang diberi nama WAKANDA PRODUCTION yang terdiri daripada 11 orang ahli kumpulan pada mulanya. Macam-macam karenah la setiap ahli kumpulan ada yang menggelikan hati, ada yang menjengkelkan dan ada yang tak mahu bekerjasama. Tapi, walaubagaimana pun kena la hadap, sebab satu kumpulan. Dari sinilah  aku belajar banyak benda dan aku belajar kenal macam-macam perangai kawan aku yang selama ni aku pun tak sangka dia macam tu. Tapi dalam masa kami menjalankan tugas yang diberi oleh Prof. ada pula pelajar baru, iaitu Mad Noq. Kehadiran dia dalam kumpulan kami, ya Allah sangat terbeban juga. Lama-kelamaan rasa serasi untuk berjasama dengan dia, sebab dia ni redo ja dengan apa tugasan yang kami suruh dia buat. Bagus.  Tanggapan aku kat dia sebelum ni tidak benar. Dia ni ok sebenarnya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, terasa banyak sangat tugasan yang Prof bagi terutamanya nak kena siapkan video. Pernahlah kami sekumpulan terselisih faham sebab masing-masing tertekan dengan tugasan yang diberikan dan dalam masa yang sama nak kena siapkan tugasan untuk subjek lain pula. Ya Allah stressnya. Tapi perselisihan faham tu dapat di atasi apabila kami semua merendahkan ego masing-masing dan cuba bercakap dari hati ke hati. Allhamdulilah terasa lega dan hubungan kami makin rapat dan membaik. Semua dah dapat memahami situasi ahli yang lain.

Kini, sepanjang 14 minggu tertubuhnya WAKANDA PRODUCTION, kami berjaya “redo” dengan tugasan yang Prof beri. Bukan nak puji atau nak sanjung Prof, tapi kalau Prof tak tegas dalam mengajar kami mungkin kami tidak akan menjadi pelajar yang berguna. Tegasnya Prof macam pegawai penjara, garangnya Prof macam singanya, comelnya Prof macam kucing dan baiknya Prof sebenarnya adalah satu teladan dan contoh buat aku dan kawan-kawan yang lain menyedari kelemahan diri sendiri dan kena bangun untuk jadi pelajar kelas pertama yang berdisiplin, siap siaga terima apa jua arahan atau tugasan, efisyen dalam menyiapkan tugasan dan banyak lagi benda yang positif.

Jadi, kelas multimedia ini sebenarnya bukan mengajar berkaitan multimedia semata-mata, tapi mengajar banyak benda untuk persediaan hidup di luar sana setelah tamatnya belajar.

Wahai Prof Normaliza, saya minta maaf ye kalau saya ada tercakap mengenai Prof hehehhehe. Tapi apa pun Prof memang banyak bagi manfaat buat saya dan kekawan. Tugasan banyak bukan alasan. Malah ia mengajar saya untuk jadi pelajar yang hebat.

Kepada kawan-kawan WAKANDA PRODUCTION maaf juga kalau ada terlanjur kata dalam tempoh perkenalan kita menjalankan tugasan multimedia ini. Sebenarnya kita semua hebat sebab berjaya menjadi pelakon, pengarah, editor dan krew yang hebat untuk video-video yang berjaya dihasilakan ini. 

Semoga kenangan yang terbina ni dapat menguatkan hubungan kita kelak.  Amin 
                  
                     ☺️SYABAS SEMUA...😘



ARTIS FBMK (PROF. NORMALIZA ABD RAHIM)

PELAJAR MULTIMEDIA DALAM BAHASA 

WAKANDA PRODUCTION

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Seme...