Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial
Buku ini dihasilkan dengan
mengandungi lapan bab. Bab 1 merupakan gambaran keseluruhan dalam media sosial
yang menerangkan mengenai media sosial, rangkaian sosial, jenis-jenis media
sosial. Bab ini menghuraikan kewajaran menggunakan media sosial dalam
pengajaran dan menyenaraikan etika dalam media sosial. Bab 2 pula menerangkan
berkaitan dengan laman sosial “Twitter dan Trend Terkini.” Dalam bab ini
mengemukankan beberapa kajian berkaitan dengan Twitter yang membincangkan tentang kemudahan diakses, pantas dan
efisyen serta membahaskan berkaitan dengan informasi terkini.
Bab 3 adalah memperkenalkan Facebook yang menjadi salah satu lawan web yang berkesan,
digunakan pada masa kini untuk berinteraksi dan berkolobrasi sesama masyarakat
di alam maya. Bab 4 adalah berkaitan dengan Instagram
yang memberi keseronokan dan melahirkan persekitaran yang positif dalam
kalangan remaja. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan dan membuktikan
responden berminat dengan cerita pendek Instagram,
dan aplikasi ini membantu mereka mempelajari cara mengambil video dengan baik. Bab
5 menerangkan mengenai e-mel yang masih popular pada masa kini yang menjadi
medium komunikasi dengan masyarakat tanpa sempadan. Masyarakat boleh
bertukar-tujar e-mel untuk meningkatkan kemahiran bahasa.
Bab 6 ialah berkaitan dengan
Blog di dalam Kelas Bahasa. Bab ini menyatakan blog merupakan medium untuk
perbincangan bertulis sama ada ditulis dalam bentuk formal atau bukan formal. Dalam
bab ini memparkan beberapa kajian blog yang telah dihasilkan. Kebanyakannya menyatakan
blog boleh membentuk keyakinan diri seseorang apabila menulis dan menarik. Bab 7
membincangkan isu dalam rangka sosial dalam kalangan pengguna, iaitu isu tidak
dapat di atasi jika pengguna cenderung menggunakan ayat yang salah di rangkaian
sosial. Bab 8 ialah implikasi pedagogi yang memperlihatkan teknologi merupakan
sumber terpenting digunakan dalam pembelajaran. Guru memainkan peranan penting
dalam menggunakan teknologi untuk pembelajaran pelajar. Oleh itu, terhasilnya
buku Eh!!! Media Sosial ini dapat memberikan pengetahuan berkaitan keseluruhan
media sosial terhadap masyarakat supaya memanfaatkan ilmu ini dengan baik.
Rujukan: Noraien Mansor &
Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media
Sosial. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Harga: RM60.00
Penulis: Noraien Mansor &
Normaliza Abd Rahim
Tajuk Buku: Eh!!! Media Sosial.
No comments:
Post a Comment