Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi 
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Kali ini saya nak kongsikan mengenai buku 
Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019).

Bab 1 menerangkan tentang kajian wacana dan menghuraikan mengenai definisi wacana secara jelas dan nyata. Kemudian, menjelaskan intipati yang terdapat dalam wacana.  Wacana juga bukan tetumpu pada ujaran sahaja, malah wacana juga boleh dihasilkan melalui tulisan dan bacaan daripada seseorang. Wacana dapat dikenal pasti dengan lebih baik menerusi bentuk perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Bab 2 ini menjelaskan berkaitan dengan teori dan pendekatan wacana. Terdapat Teori Analisis Wacana yang dipelopo oleh Brown dan Yule pada tahu 1983 Kedua, Teori Analisis Wacana yang diperkenalkan oleh Stubbs (1983). Ketiga, Teori Analisis Wacana Kritis oleh Vandijk (1977). Keempat, Normaliza Abd Rahim (2018) memperkenalkan dua aspek, iaitu Pendekatan Analisis Wacana dan juga Teori Analisis Wacana (2018d). Bab 3 menerangkan tiga kajian, iaitu tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Tiga kajian tersebut memfokuskan pada nilai sosial dalam bahan yang dikaji.

Bab 4 menerangkan strategi komunikasi yang dilakukan. Bab ini menerangkan berkaitan dengan interaksi dalam komunikasi supaya dapat memberi kesan kepada pendengar atau individu. Bab 5 membincangkan berkaitan dengan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Terdapat beberapa strategi komunikasi yang diperkenalkan oleh beberapa tokoh. Salah satunya ialah Johnstone (1989) yang memperkenal sembilan strategi komunikasi. Manakala, Normaliza Abd Rahim (2018e) memperkenalkan 16 pendekatan strategi komunikasi. Bab 6 mengandungi kajian yang dilakukan ke atas pelajar sekolah untuk melihat interaksi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Bab 7 merupakan bab akhir berkaitan cadangan kajian akan datang. Bab ini mencadangkan berkaitan dengan bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik serta media sosial.  Oleh itu, buku kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi ini diharapkan dapat memberi manfaat dan rujukan yang jelas kepada para peyelidik.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terangganu: Penerbit Universiti Terangganu Malaysia (UTM).

Harga Buku: RM 20.00








No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Seme...