Wednesday, December 18, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat




KETIKA DAN KALIMAT

Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Semester ini juga aku mula diperkenalkan dengan artis Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), iaitu Prof. Normaliza binti Abd Rahim, jejaka tampan dari utara, iaitu Encik Akmal dan jejaka manis, iaitu Mad Noq. Perasaan aku masa masuk kelas Multimedia dalam Bahasa sangat menggerunkan sebab artis dari FBMK ni bukan biasa-biasa, boleh dikatakan tegas dalam semua benda. Masuk sahaja kelas Prof. kalau tak terbeban dengan banyak kerja tu bukan kelas dia la. Prof. ada pesan, masuk ja kelas dia kana belajar erti “redo” baru la tenang nak buat kerja.

Tugasan pertama yang kena buat adalah kena bentukkan kumpulan. Jadi, tertubuhlah kumpulan yang diberi nama WAKANDA PRODUCTION yang terdiri daripada 11 orang ahli kumpulan pada mulanya. Macam-macam karenah la setiap ahli kumpulan ada yang menggelikan hati, ada yang menjengkelkan dan ada yang tak mahu bekerjasama. Tapi, walaubagaimana pun kena la hadap, sebab satu kumpulan. Dari sinilah  aku belajar banyak benda dan aku belajar kenal macam-macam perangai kawan aku yang selama ni aku pun tak sangka dia macam tu. Tapi dalam masa kami menjalankan tugas yang diberi oleh Prof. ada pula pelajar baru, iaitu Mad Noq. Kehadiran dia dalam kumpulan kami, ya Allah sangat terbeban juga. Lama-kelamaan rasa serasi untuk berjasama dengan dia, sebab dia ni redo ja dengan apa tugasan yang kami suruh dia buat. Bagus.  Tanggapan aku kat dia sebelum ni tidak benar. Dia ni ok sebenarnya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, terasa banyak sangat tugasan yang Prof bagi terutamanya nak kena siapkan video. Pernahlah kami sekumpulan terselisih faham sebab masing-masing tertekan dengan tugasan yang diberikan dan dalam masa yang sama nak kena siapkan tugasan untuk subjek lain pula. Ya Allah stressnya. Tapi perselisihan faham tu dapat di atasi apabila kami semua merendahkan ego masing-masing dan cuba bercakap dari hati ke hati. Allhamdulilah terasa lega dan hubungan kami makin rapat dan membaik. Semua dah dapat memahami situasi ahli yang lain.

Kini, sepanjang 14 minggu tertubuhnya WAKANDA PRODUCTION, kami berjaya “redo” dengan tugasan yang Prof beri. Bukan nak puji atau nak sanjung Prof, tapi kalau Prof tak tegas dalam mengajar kami mungkin kami tidak akan menjadi pelajar yang berguna. Tegasnya Prof macam pegawai penjara, garangnya Prof macam singanya, comelnya Prof macam kucing dan baiknya Prof sebenarnya adalah satu teladan dan contoh buat aku dan kawan-kawan yang lain menyedari kelemahan diri sendiri dan kena bangun untuk jadi pelajar kelas pertama yang berdisiplin, siap siaga terima apa jua arahan atau tugasan, efisyen dalam menyiapkan tugasan dan banyak lagi benda yang positif.

Jadi, kelas multimedia ini sebenarnya bukan mengajar berkaitan multimedia semata-mata, tapi mengajar banyak benda untuk persediaan hidup di luar sana setelah tamatnya belajar.

Wahai Prof Normaliza, saya minta maaf ye kalau saya ada tercakap mengenai Prof hehehhehe. Tapi apa pun Prof memang banyak bagi manfaat buat saya dan kekawan. Tugasan banyak bukan alasan. Malah ia mengajar saya untuk jadi pelajar yang hebat.

Kepada kawan-kawan WAKANDA PRODUCTION maaf juga kalau ada terlanjur kata dalam tempoh perkenalan kita menjalankan tugasan multimedia ini. Sebenarnya kita semua hebat sebab berjaya menjadi pelakon, pengarah, editor dan krew yang hebat untuk video-video yang berjaya dihasilakan ini. 

Semoga kenangan yang terbina ni dapat menguatkan hubungan kita kelak.  Amin 
                 
                     ☺️SYABAS SEMUA...😘



ARTIS FBMK (PROF. NORMALIZA ABD RAHIM)

PELAJAR MULTIMEDIA DALAM BAHASA 

WAKANDA PRODUCTION

BBM3410Satu2019: Kalendar Tahun 2020


Assalamualaiku wahai rakan-rakan.

Memandangkan lagi beberapa minggu sahaja 2019 akan meninggalkan kita dan tahun 2020 akan menjelma, jadi saya menyediakan kalendar tahun 2020 yang menarik kerana dihiasi gambar dan warna yang mencuit hati. 























































BBM3410Satu2019: Post dan Komen Prof.Dr. Normaliza di Instagram

Assalamualaikum.

Kali ini aku nak kongsikan komen dan like daripada artis FBMK, iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim berkaitan dengan tugasan yang dimuatnaik di Instagram faizahwahab96























BBM3410Satu2019: VIDEO 16 (VLOG MAKANAN - SERDANG CENDOL)


Assalamualaikum wahai pencinta makanan.

Vlog ini dihasilkan oleh saya dan rakan-rakan. kami bertiga memilih lokasi Serdang Cendol di Sanggar, FBMK Universiti Putra Malaysia.Oleh itu, Faizah, Nana, dan Fizah  (F N F) mempersembahkan Serdang Cendol 

Di UPM ada cendol yang sedap dan viral. 
Nak tahu cendol apa?? 

Marilah tonton video ini.👇


Vlog Makanan Serdang Cendol





Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊

BBM3410Satu2019: VIDEO 15 (One Shot Three Layer- Saya Tahu)



Assalamualaikum.

Video kali ini One Shot Three Layer dilakukan di tempat yang umum. Kami memilih lokasi kedai makan di tasik Sri Serdang sebagai lokasi penghasilan video ini. 

Video ini adalah berkaitan dengan kisah seorang anak yang cacat dan mengemis. Dia bersama keluarganya hidup susah dan terpaksa mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. Mereka terpaksa mengemis disebabkan mereka tidak mampu untuk bekerja disebabkan kudrat yang mereka miliki terhad. 

Video One Shot Three Laye 



Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊




BBM3410Satu2019: VIDEO 14 ( TRAGEDI DAN SERAM)


Assalamualaikum wahai peminat cerita seram.


Kali ini WAKANDA PRODUCTION mempersembahkan sebuah kisah berkaitan dengan penderaan mental dan fizikal yang berlaku ke atas diri Mira membuatkannya menjadi psiko dan mempunyai keinginan untuk membunuh satu persatu membuak-buak.  

"MIRA AKAN HANTAR MAMA, KAKAK DAN ADIK-ADIK KE SYURGA DENGAN CEPAT."

hahahahahahahahaha

Video Tragedi dan Seram


Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊


BBM3410Satu2019: VIDEO 13 (Sabun Pencuci Baju)


Assalamualaikum. 


Kali ini WAKANDA PRODUCTION menampilkan pelbagai bentuk sabun pencucuibaju yang berwajah baharu, iaitu jenama sabun SBU. 


Video Sabun Pencuci Baju




Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊


BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Seme...