Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Kali ini saya nak kongsikan mengenai buku Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019).
Kali ini saya nak kongsikan mengenai buku Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019).
Bab 1 menerangkan tentang
kajian wacana dan menghuraikan mengenai definisi wacana secara jelas dan nyata.
Kemudian, menjelaskan intipati yang terdapat dalam wacana. Wacana juga bukan tetumpu pada ujaran sahaja,
malah wacana juga boleh dihasilkan melalui tulisan dan bacaan daripada
seseorang. Wacana dapat dikenal pasti dengan lebih baik menerusi bentuk
perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Bab 2 ini menjelaskan berkaitan
dengan teori dan pendekatan wacana. Terdapat Teori Analisis Wacana yang
dipelopo oleh Brown dan Yule pada tahu 1983 Kedua, Teori Analisis Wacana yang
diperkenalkan oleh Stubbs (1983). Ketiga, Teori Analisis Wacana Kritis oleh
Vandijk (1977). Keempat, Normaliza Abd Rahim (2018) memperkenalkan dua aspek, iaitu
Pendekatan Analisis Wacana dan juga Teori Analisis Wacana (2018d). Bab 3 menerangkan
tiga kajian, iaitu tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan
ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Tiga kajian tersebut memfokuskan
pada nilai sosial dalam bahan yang dikaji.
Bab 4 menerangkan strategi
komunikasi yang dilakukan. Bab ini menerangkan berkaitan dengan interaksi dalam
komunikasi supaya dapat memberi kesan kepada pendengar atau individu. Bab 5
membincangkan berkaitan dengan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Terdapat
beberapa strategi komunikasi yang diperkenalkan oleh beberapa tokoh. Salah satunya
ialah Johnstone (1989) yang memperkenal sembilan strategi komunikasi. Manakala,
Normaliza Abd Rahim (2018e) memperkenalkan 16 pendekatan strategi komunikasi. Bab
6 mengandungi kajian yang dilakukan ke atas pelajar sekolah untuk melihat
interaksi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Bab 7 merupakan bab akhir
berkaitan cadangan kajian akan datang. Bab ini mencadangkan berkaitan dengan
bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik serta media sosial. Oleh itu, buku kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi ini diharapkan dapat memberi manfaat dan rujukan
yang jelas kepada para peyelidik.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019).
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terangganu: Penerbit
Universiti Terangganu Malaysia (UTM).
Harga Buku: RM 20.00