Wednesday, December 18, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat




KETIKA DAN KALIMAT

Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Semester ini juga aku mula diperkenalkan dengan artis Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), iaitu Prof. Normaliza binti Abd Rahim, jejaka tampan dari utara, iaitu Encik Akmal dan jejaka manis, iaitu Mad Noq. Perasaan aku masa masuk kelas Multimedia dalam Bahasa sangat menggerunkan sebab artis dari FBMK ni bukan biasa-biasa, boleh dikatakan tegas dalam semua benda. Masuk sahaja kelas Prof. kalau tak terbeban dengan banyak kerja tu bukan kelas dia la. Prof. ada pesan, masuk ja kelas dia kana belajar erti “redo” baru la tenang nak buat kerja.

Tugasan pertama yang kena buat adalah kena bentukkan kumpulan. Jadi, tertubuhlah kumpulan yang diberi nama WAKANDA PRODUCTION yang terdiri daripada 11 orang ahli kumpulan pada mulanya. Macam-macam karenah la setiap ahli kumpulan ada yang menggelikan hati, ada yang menjengkelkan dan ada yang tak mahu bekerjasama. Tapi, walaubagaimana pun kena la hadap, sebab satu kumpulan. Dari sinilah  aku belajar banyak benda dan aku belajar kenal macam-macam perangai kawan aku yang selama ni aku pun tak sangka dia macam tu. Tapi dalam masa kami menjalankan tugas yang diberi oleh Prof. ada pula pelajar baru, iaitu Mad Noq. Kehadiran dia dalam kumpulan kami, ya Allah sangat terbeban juga. Lama-kelamaan rasa serasi untuk berjasama dengan dia, sebab dia ni redo ja dengan apa tugasan yang kami suruh dia buat. Bagus.  Tanggapan aku kat dia sebelum ni tidak benar. Dia ni ok sebenarnya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, terasa banyak sangat tugasan yang Prof bagi terutamanya nak kena siapkan video. Pernahlah kami sekumpulan terselisih faham sebab masing-masing tertekan dengan tugasan yang diberikan dan dalam masa yang sama nak kena siapkan tugasan untuk subjek lain pula. Ya Allah stressnya. Tapi perselisihan faham tu dapat di atasi apabila kami semua merendahkan ego masing-masing dan cuba bercakap dari hati ke hati. Allhamdulilah terasa lega dan hubungan kami makin rapat dan membaik. Semua dah dapat memahami situasi ahli yang lain.

Kini, sepanjang 14 minggu tertubuhnya WAKANDA PRODUCTION, kami berjaya “redo” dengan tugasan yang Prof beri. Bukan nak puji atau nak sanjung Prof, tapi kalau Prof tak tegas dalam mengajar kami mungkin kami tidak akan menjadi pelajar yang berguna. Tegasnya Prof macam pegawai penjara, garangnya Prof macam singanya, comelnya Prof macam kucing dan baiknya Prof sebenarnya adalah satu teladan dan contoh buat aku dan kawan-kawan yang lain menyedari kelemahan diri sendiri dan kena bangun untuk jadi pelajar kelas pertama yang berdisiplin, siap siaga terima apa jua arahan atau tugasan, efisyen dalam menyiapkan tugasan dan banyak lagi benda yang positif.

Jadi, kelas multimedia ini sebenarnya bukan mengajar berkaitan multimedia semata-mata, tapi mengajar banyak benda untuk persediaan hidup di luar sana setelah tamatnya belajar.

Wahai Prof Normaliza, saya minta maaf ye kalau saya ada tercakap mengenai Prof hehehhehe. Tapi apa pun Prof memang banyak bagi manfaat buat saya dan kekawan. Tugasan banyak bukan alasan. Malah ia mengajar saya untuk jadi pelajar yang hebat.

Kepada kawan-kawan WAKANDA PRODUCTION maaf juga kalau ada terlanjur kata dalam tempoh perkenalan kita menjalankan tugasan multimedia ini. Sebenarnya kita semua hebat sebab berjaya menjadi pelakon, pengarah, editor dan krew yang hebat untuk video-video yang berjaya dihasilakan ini. 

Semoga kenangan yang terbina ni dapat menguatkan hubungan kita kelak.  Amin 
                 
                     ☺️SYABAS SEMUA...😘



ARTIS FBMK (PROF. NORMALIZA ABD RAHIM)

PELAJAR MULTIMEDIA DALAM BAHASA 

WAKANDA PRODUCTION

BBM3410Satu2019: Kalendar Tahun 2020


Assalamualaiku wahai rakan-rakan.

Memandangkan lagi beberapa minggu sahaja 2019 akan meninggalkan kita dan tahun 2020 akan menjelma, jadi saya menyediakan kalendar tahun 2020 yang menarik kerana dihiasi gambar dan warna yang mencuit hati. 























































BBM3410Satu2019: Post dan Komen Prof.Dr. Normaliza di Instagram

Assalamualaikum.

Kali ini aku nak kongsikan komen dan like daripada artis FBMK, iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim berkaitan dengan tugasan yang dimuatnaik di Instagram faizahwahab96























BBM3410Satu2019: VIDEO 16 (VLOG MAKANAN - SERDANG CENDOL)


Assalamualaikum wahai pencinta makanan.

Vlog ini dihasilkan oleh saya dan rakan-rakan. kami bertiga memilih lokasi Serdang Cendol di Sanggar, FBMK Universiti Putra Malaysia.Oleh itu, Faizah, Nana, dan Fizah  (F N F) mempersembahkan Serdang Cendol 

Di UPM ada cendol yang sedap dan viral. 
Nak tahu cendol apa?? 

Marilah tonton video ini.👇


Vlog Makanan Serdang Cendol





Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊

BBM3410Satu2019: VIDEO 15 (One Shot Three Layer- Saya Tahu)



Assalamualaikum.

Video kali ini One Shot Three Layer dilakukan di tempat yang umum. Kami memilih lokasi kedai makan di tasik Sri Serdang sebagai lokasi penghasilan video ini. 

Video ini adalah berkaitan dengan kisah seorang anak yang cacat dan mengemis. Dia bersama keluarganya hidup susah dan terpaksa mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. Mereka terpaksa mengemis disebabkan mereka tidak mampu untuk bekerja disebabkan kudrat yang mereka miliki terhad. 

Video One Shot Three Laye 



Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊




BBM3410Satu2019: VIDEO 14 ( TRAGEDI DAN SERAM)


Assalamualaikum wahai peminat cerita seram.


Kali ini WAKANDA PRODUCTION mempersembahkan sebuah kisah berkaitan dengan penderaan mental dan fizikal yang berlaku ke atas diri Mira membuatkannya menjadi psiko dan mempunyai keinginan untuk membunuh satu persatu membuak-buak.  

"MIRA AKAN HANTAR MAMA, KAKAK DAN ADIK-ADIK KE SYURGA DENGAN CEPAT."

hahahahahahahahaha

Video Tragedi dan Seram


Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊


BBM3410Satu2019: VIDEO 13 (Sabun Pencuci Baju)


Assalamualaikum. 


Kali ini WAKANDA PRODUCTION menampilkan pelbagai bentuk sabun pencucuibaju yang berwajah baharu, iaitu jenama sabun SBU. 


Video Sabun Pencuci Baju




Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊


Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO 12 (Vlog Temubual Pensyarah dan Pelajar)



Assalamualaikum semua..

Video temubual ini dilakukan untuk mengetahui mengenai pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan multimedia mudah atau sebaliknya. Video ini dirakam dengan menggunakan teknik yang diajar, iaitu jurukamera perlu berdiri disebelah penemubual/pengaju soalan dan orang yang hendak ditemubual diberipendedahan untuk tidak memandang kamera tetapi sewaktu berlangsungnya sesi ini penemubual dan yang ditemubual hendaklah berinterasi mata antara satu sama lain. 


Vlog Temubual Pensyarah dan Pelajar





Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊

BBM3410Satu2019: VIDEO 11 (FOKUS TANGAN)


Assalamualaikum dunia yang indah.


Video fokus ini dihasilkan dengan mengfokuskan kepada objek yang hendak diceritakan. Misalnya dalam video yang dihasilkan oleh team WAKANDA PRODUCTION, kami mengfokuskan tangan sebagai objek penceritaan kami. Video ini tidak dibenarka untuk meperlihatkan wajah si pelakon ketika rakaman dilakukan. 
Nak tahu lebih lanjut sila tonton video di bawah ini.👇


Video Fokus Tanggan





Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊




BBM3410Satu2019: VIDEO 10 (VBLOG KONVOKESYEN UPM 2019)


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Kali ini aku nak memperkenalkan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) yang bertapak di Universiti Putra Malaysia. Kebetulan, pada hari itu ada pesta konvo dan hari graduasi bagi para pelajar yang menuntut di Universiti Putra Malaysia. Mari kita saksikan video vlog ini. 


Vlog Konvokesyen UPM 2019




Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊



BBM3410Satu2019: VIDEO 9 ( ONE SHORT THREE LAYER)


Assalamualaikum.

Video one shot three layer pula adalah dirakam dengan konsep yang sama, iaitu kamera berada dalam kedudukan yang tetap, watak melakonkan dan membuat penceritaan berdasarkan lagu yang dipilih, kemudian, memerlukan pergerakan semula jadi seperti pergerakkan pokok, kenderaan, hujan dan sebagainya. 

Video ini pula adalah berkisahkan percintaan 3 segi yang penuh menjiwai.  Lelaki ditinggalkan disebabkan kesibukan kerja yang membuatkan pasangannya bosan dan rasa tidak disayangi. Saksikalah dengan lebih lanjut.👇


Video One Shot Three Layer





Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊




BBM3410Satu2019: VIDEO 8 ( ONE SHORT TWO LAYER)




Assalamualaikum wahai kawan-kawan sakalian.


Ya Allah... 😢😢 Sedih hati seorang ibu dan kecewa.

Dia tak minta anaknya menjadi sebegini. Dia juga manusia biasa mahu anaknya menjadi anak yang solehah. Tapi apakan daya Allah mengujinya. Namun, di sebalik kesedihan yang dirasai akan timbulnya kebahagian kelak. Hati manusia boleh berubah ke arah kebaikan.


NAK TAHU KISAH DAN PENCERITAAN KESELURUHAN? Tontonlah video ini di akaun youtube anda link ada di bawah 👇

Video One Short Two Layer



Link video BBM3410SATU - VIDEO 8 (one short two layer) : https://youtu.be/Ay5cGYmySzM


Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊





BBM3410Satu2019: VIDEO 7 ( ONE SHORT)



Assalamualaikum..

Video kali ini adalah berkaitan dengan video one shot yang dihasilkan dengan tanpa ada ganguan dari benda-benda yang lain di dalam rakaman ini. Video ini dirakam tanpa adanya penceritaan dan hanya pergerakkan watak sahaja. Kamera diletakkan di satu tempat dan tiada pergerakkan kamera dilakukan. 

Video One Shot





Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊







Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: Fotografi 6 (Flat Lay)- Individu


Assalamualaikum.


Hai
Tak tahu nak makan apa?
Mari sini tengok video ni. Ada banyak menu yang boleh buat anda terliur.
Ada makanan barat, kampung dan kuih muih.

Post sebelum ini yang aku post berkaitan dengan Flat Lay juga. Tetapi, post kali ini berbeza sedikit degan post sebelumnya sebab flat lay kali ini semuanya makanan dan menunya boleh tahan sedap juga. 

Video Flat Lay Individu (Makanan)


Link video BBM3410SATU- FOTOGRAFI 6: https://youtu.be/-XbSyEKy_68

Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊



BBM3410Satu2019: Fotografi 5 (Flat Lay)- Kumpulan

Assalamualaikum. 

Apa itu Flat Lay? Bagaimana nak ambil gambar Flat lay? 

Baiklah. Flat Lay adalah gambar yang diambil berdasrkan 4 sudut, iaitu sudut 90 darjah, half flat lay, quater flat lay dan zero flat lay. Sebagai contoh, boleh lihat video di bawah 👇


Video Flat Lay 



Link video BBM3410- FOTOGRAFI 5: https://youtu.be/4Nuc3b1MlkU


Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊






BBM3410Satu2019: Fotografi 4 (Simpulan Bahasa)


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Simpulan bahasa makin dilupakan oleh segelintir masyarakat kita. Jadi, kami, iaitu team WAKANDA PRODUCTION  melakonkan dan mempersembahkan makna simpulan bahasa kepada anda semua. Video ini dihasilkan adalah untuk menghidupkan semula peribahasa kategori simpulan bahasa kepada semua masyarakat. Secara tidak langsung ia dapat memberi ilmu kepada yang menonton.


Video Simpulan Bahasa 


Nak lihat makna di sebalik SIMPULAN BAHASA? Marilah tonton video ini;

Link video simpulan bahasa: https://youtu.be/4Nuc3b1MlkU







BBM3410Satu2019: Fotografi 3



Assalamualaikum wahai pembaca blog.

Kali ini aku nak post berkaitan dengan fotografi 3, iaitu  teknik untuk mengambil gambar potret menggunakan rule of third dan gambar swafoto yng menarik. Sila lihat video ini di youtube. Klik link di bawah👇


Video  Fotografi 3

Link video BBM3410SATU: FOTOGRAFI 3: https://youtu.be/bWvvT0IfUSU


Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊






BBM3410Satu2019: Fotografi 2


Assalamualaikum. 

Kali ini aku nak memperkenalkan teknik fotografi yang telah dipelajari berkaitan dengan pemandangan, "silhouette", kabur manusia, kabur tumbuhan, kabur haiwan, kabur objek, pendua cermin, pendua air dan bayang.

Video Fotografi 2 


Link video BBM3410SATU: FOTOGRAFI 2: https://youtu.be/E3GKWL-jG-w


Selamat menonton. Jangan lupa like dan subscribed 😊

BBM3410Satu2019: Intagram Minggu 12



Assalamualaikum wahai rakan-rakan sekalian.


Baiklah, kali ini aku nak memperkenalkan artis Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK),UPM namanya ialah Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Seorang pensyarah yang tegas tetapi dalam tegasnya beliau ada juga terselit perwatakan yang baik, lucu dan menyenangkan hati. Prof ada berpesan nak buat sesuatu benda mestilah kena redha. Kalau tidak, susah hidup. Prof memang banyak mengajar erti kehidupan di alam realiti, bukan semata-mata mengajar berkaitan dengan multimrdia sahaja. Boleh la lihat paparan gambar yang telah di muat naik di akaun ig aku berkaitan dengan Prof. Dr. Normaliza ini.👇

Gambar Swafoto






Selalu sangat kita bermain dengan emoji dalam media sosial untuk menggambarkan perasaan kita pada ketika itu. Kali ini emoji itu dilakonkan semula oleh adik yang comel ini. Comel bukan? Jadi, bila syarat tangan kemulut seperti gambar di bawah ii, maka diamlah semua ada yang hendak bercerita. 

Gambar Emoji


BBM3410Satu2019: Intagram Minggu 11


Assalamualaikum..

Tiada insan yang lebih bermakna dalam hidup melainkan seorang ibu. Walaupun berperwatakan garang dan tegas namun, kebaikan yang dimilikinya dan sifat kasih dan sayang terhadap anak-anaknya sangat meluas dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. 

HARGAILAH IBU SEBELUM TERLAMBAT 


Gambar Ibu






Kejayaan yang kita peroleh semestinya bermula dari beratnya apabila melakukan sesuatu. Keberkatan penting bagi seseorang yang hendak memperoleh kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Misalnya, keberkatan seorang ibu, ahli keluarga dan guru/ pensyarah penting terhadap pelajar untuk memperoleh ilmu yang bermanfaat bagi mencapai kejayaan yang diinginkan. 



Gambar Keberkatan 










Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: Intagram Minggu 10

Assalamualaikum.

Setiap perhubungan mesti ada pengorbanan dan pengorbanan itu tidak semestinya dibayar dengan wang ringgit. Malah, cukuplah dengan ucapan terima kasih dan menghargai pengorbanan apa yang telah dilakukan. Dalam era global pada masa kini wang ringgit adalah segala-galanya namun, bagi aku bukan itu yang aku pinta cukuplah dengan menghargai apa yang telah dilakukan hargailah walaupun sedikit. Jangankan dengan perbuatan kita dapat menimbulkan kekecewaan yang mendalam sehinggakan terluka hati ini. Maka, penghargaan dalam setiap perhubungan itu penting hargailah sebelum terlambat.


Gambar Kegembiraan 





Gambar Kelegaan 



BBM3410Satu2019: Intagram Minggu 9


Assalamualaikum.

Nak mendapat keredhaan tu susah dan mungkin juga senang. Tetapi untuk belajar redha dengan semua benda, memerlukan keikhlasaan hati yang murni. walaupun banyak tekanan yang dihadapi, namun haruslah belajar redha dengan semua benda dan ragam manusia supaya pekerjaan kita dipermudahkan dalam semua aspek.


Gambar Keredhaan






Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan ketenangan dalam hidup. Cara yang paling mudah untuk mendapatkan ketenangan itu adalah dengan cara pejamkan mata, kosongkan minda, baring di atas rumput dan dapatkan suasan yang tenang dengan adanya kicauan burung, air terjun, pantai dan sebagainya. Contohnya dalam gambar di bawah 👇


Gambar Ketenangan



BBM3410Satu2019: Intagram Minggu 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca blog.

Hari ini aku nak cerita sedikit berkaitan dengan gambar yang aku post ini. Bukan senang nak jadi model dengan muka yang sebegini dan badan yang sebegitu (gempal) di alam nyata. Tetapi, dengan adanya kursus Multimedia dalam Bahasa yang diajar oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim ini, keinginan aku untuk jadi model tercapai. Terima kasih wahai ahli kumpulan aku, iaitu WAKANDA PRODUCTION dan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim memberi kepercayaan kepada diri ini.😉




BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT Tanggal 18 September 2019 bergelarlah aku sebagai seorang pelajar  tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Seme...